Kesedaran kolektif

Kesedaran kolektif merujuk kepada kepercayaan dan sikap moral kongsi yang bertindak sebagai pengaruh penyatuan dalam masyarakat.[1] Istilah ini digunakan oleh ahli teori sosial Perancis, Émile Durkheim (1858–1917) di dalam buku-bukunya:

  • The Division of Labour (Pembahagian kerja, 1893)
  • The Rules of Sociological Method (Peraturan Kaedah Sosiologi, 1895)
  • Suicide (Pembunuhan diri, 1897); dan
  • The Elementary Forms of Religious Life (Bentuk Asas Kehidupan Agama, 1912).

Di dalam buku The Division of Labour, Durkheim mendebatkan bahawa di dalam masyarakat "tradisional" atau yang "lebih sederhana" (masyarakat yang berdasarkan hubungan suku, keluarga, atau puak), agama memainkan peranan yang penting dalam menyatukan anggota-anggotanya menerusi penciptaan kesedaran umum (hati nurani kolektif dalam ungkapan Perancis yang asal). Dalam masyarakat sejenis ini, kandungan kesedaran seseorang dikongsi sebahagian besarnya dengan semua anggota yang lain di dalam masyarakatnya dan dengan itu, mencipta perpaduan mekanik menerusi keserupaan saling.

  1. ^ Collins Dictionary of Sociology, p93.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search